Wednesday, April 7, 2010

missing u

Rindu sangatttt2 kat ayah..
Rindu nak panggil "ayah"...
Rindu panggilan "kak ngah" dari ayah..
Dulu ayah selalu call,
Bila jarang jumpa ayah,
xdapat contact, masih boleh bertahan,
...sebab ayah masih ada,
Tapi sekarang sume dah hilang..
Jiwa sgt xkuat bila teringat ayah..
Orang cakap jangan suka pendam perasaan,
kalo nak nangis, nangisla,
lepaskan semua,,
Tapi aq susah nak buat mcm 2,,
Bila sedih depan org still xblh nangis,,
Bila duk sorng diri nangis puas2,,
tapi bile nangis kepala sakit,,

Wednesday, March 17, 2010

Penang in memory




Kalo xkerana subjek Telecommunication technology atau nama glamornye Telcho, xtau la bila kami sekelas dpt kluar bersama. Perancangan utk keluar sekelas sebenarnya telah tercetus dari kami berada di tahun pertama pengajian lagi. Tetapi kerana idealogi yg berbeza dan atas sbb yg tdk dpt dielakkan, ianya hanya terluah melalui buah fikiran dan kata2 sahaja.
At last, sampai la kami dah tahun akhir pengajian, segalanya menjadi kenyataan. Segala susah-payah kami utk mengendalikan projek Telcho ini, berjalan dgn sempurna sekali sepanjang berada disana. Banyak halangan yg kami tempuhi utk lawatan ke Pulau Mutiara ini. Since awal projek ni dimulakan sehinggalah jam utk kami bertolak, kami masih menghadapi masalah berkaitan tujuan utama lawatan ini. Nak cerita pun panjang sgt, tetapi apa yang kami lalui bersama adalah suatu pengalaman dan kenangan yang xakan luput dari pemikiran.
Bertolak pada 4 mac 2010 jam 7.15 ptg, menginap di homestay pangsapuri Permatang Pauh, lawatan pertama kami disambut mesra oleh pihak Stesen Kabel Dasar Laut, Kuala Muda. Kemudian meneruskan perjalanan ke lawatan kedua di Jabatan Meteorologi Malaysia, Jabatan Meteorologi Bayan lepas. Keesokan harinya, awal pagi kami bertolak ke Lapangan terbang Bayan Lepas dan ke Balai Bomba Airport.
Tak tergambar perasaan happy kami..tapi terpotret dalam pic yg sgt byk diambil waktu lawatan. Dengan ragam masing2, pensyarah pun layankan..hheeee..Kebetulan Hot.fm Big Jam diadakan di Kota Lama, Penang, sempatla kami singgah.
Nak type pon malas la..Byk sangat memory indah kami..Harap persahabatan kami berkekalan and hope lawatan ini bukan yg terakhir..Terima kasih kawan2. Love u all for bring a lot of happiness for me until now.


Saturday, February 6, 2010

7 Wonders in the World 2010

Hari tu tetibe jek aq, ain n ikin bercerita psl 7 wonders in the world..than ktorng try 2 find out what is the 7 wonders in the world for this year..Aq pon bru tau yg bende ni berubah2 tiap thn ikot negara yg hantar penyertaan.. So, aq bru lps tgk blog ikin die publish pic utk thn ni..OK2...mmg ajaib..yg lgi ajaib aq try search sndiri tp xjmpe..hahhahahahah..

Aq gtaula eh ape bende nye...

1. Petra,Jordan
2. Chichen Itza, Mexico
3. The Roman Colosseum,Italy
4. Machu Picchu,Peru
5. Christ Redeemer,Brazil
6. The Great wall, China
7. The Taj Mahal,India

Kalo xsalah aq, The Great Wall,China n the Taj Mahal, India dah lame dlm senarai.. Wahhh!!! tahniah la..Nak bina bgunan ni aq rase ade yg terkorban...Aq bru tau jugak yg The Great Wall ni satu2nya benda kat dunia yg boleh nmpk dari angkasa...Waoooo!!!

Mase aq search tntng bende ni rmi yg tulis manusia yg paling ajaib skali..sebab manusia yg cipta keajaiban dunia ni...fikir2 mmg BETOL sgt lah 2...dan yg menciptakan manusia ialah yg Maha Pencipta...

Note:Bersyukur dilahirkan sebagai Islam..


Monday, February 1, 2010

Kenape sedih

Benci bila rase sedih, rindu,
Sebab mcm xde solution,
Sebab xtau nk terjemahkan,
Sebab aq dah penat sgt,
Selalu bosan,
Walaupn sakit,sedih,
...masih boleh senyum,
Its too bad feeling lonely,
Maybe i'm thinking too much..


Tuesday, January 19, 2010

we won!!IDD 2010 7TH

Pada 12hb 1 2010, kumpulan aq tlh menyertai pertandingan Invention, Innovation and Design 2010 kali ke-7.
Rasa nak jerit 1Malaysia group aq menang. Walaupon menang gangsa,ttp mng gak kn.. Dapat masuk sampai peringkat universiti pon dah kira bagos bagi aq. Mula2 ingatkan ktorang akan bertanding dgn semua fakulti induk jek,, rupe2nya campus uitm 1Malaysia masuk!!!Fuhh!!!Terasa teror plak kan..1st time kot!!

Ni permulaan yg baik utk aq.Mmg aq nak memulakan tahun ni dgn sesuatu yg baik dan betul. Usaha keras yg berbaloi, pengalaman yg sgt berharga dan xakan aq lupakan ni, berada diantara yg terbaik,sure aq proud habis.
Aq masih ingat dlm ucapan Timbalan Menteri Sains,Teknologi dan Inovasi yg merasmikan pertandingan kali ini, beliau menyebut pertandingan ini disertai oleh peserta yg terbaik. Oh!!!bangga nyelah aq,,,

Harap2 lps ni adalah kejayaan yg akan menyusul..aminn..Aq slalu ingatkan diri sendiri, nak berjaya mmg susah. kadang2 kita kene korbankan apa yg kita suka utk berjaya sbb xsemestinya apa yg kita suka tu baik utk kita.

Saturday, January 9, 2010

pergilah cerita sedih...

Ni 1st entry aq tuk tahun baru ni, so aq masih nak ucapkan SELAMAT TAHUN BARU kpd semua pembaca blog aq.

Aq nk tinggalkan semua cerita sedih dalam hidup aq pada episod lepas 2009. Byk kenangan yg aq harungi bersama air mata. Terlalu perit untuk ditelan, tapi terpaksalah jua aq tempoh. Segala2nya telah ditetapkan.Kesedihan pemergian ayah yg dikasihi, pelajaran yg jatuh merudum...kesunyian diri yg xterluah. Betapa situbuh kecil ini menaggung, hanya sang hati yg merasai, dan akal memikirkan jalan yg terbaik utk memujuk diri sendiri. Mungkin org lain hanya boleh medengar dan bersimpati.. Byk rahsia hati yg xdpt dikongsikan krn xsemua akal boleh menerima apa yg aq rasa.

Walau apapun, aq masih ade mood n azam utk thun baru ni. Aq nak mulakan segalanya dgn baik dan betul, walaupun keperitan bersisa baki, kenelah juga tempuh utk santapan akan dtg. Aq bersyukur juga diberikan dugaan yg kuat sejak dari kecil, kalau tak kerana itu aq xakan jadi manusia setabah sekarang. Kerana hanya aq yg menentukan hala tuju hidup aq. Teringat pakcik aq yg di Perak pernah menulis kat aq, nikmat terbesar yg Allah bagi adalah PILIHAN. Kita yg pilih jalan hidup kita dan menentukannya sendiri.

Semoga semuanya berjalan dgn lancar dan seperti yg diingini. Aq perlu kekuatan utk tempuhi dugaan hidup tanpa ayah tersayang. Segala keinginannya utk aq, akan cuba aq tunaikan sebaik mungkin.

Wednesday, December 2, 2009

gagal

Arini aq amek comp.test memandu...aarrghhh,,
bengang betol r..xlulus..nnt kene amek blk,,
malas betol r nk bce blik bku undang2...
konon2 nak cpt dh jadi lambat..wawawa...
dah cuti sem kene lg bace bku..duit2 lagi..
mmm...