Saturday, May 8, 2010

Mei is me..is mine

Inilah bulan aq, sangat bersyukur dengan izin yg Maha Pencipta, aq dilahirkan kedunia pada bln mei. Bersyukur dilahirkan dgn sempurna sifat, akal fikiran.. Berharap segala yg baik mengiringi perjalanan hidupku, walau diuji dgn ujian yg xterluah peritnya, xterdengar jeritan hati, aq tabah hadapi sehingga kekadang terasa hati semakin kebas menghadapinya..
Semakin aq mengenal dunia, terasa semakin tinggi impian untuk dipenuhi.. Walaupun ianya sukar,,itulah impian,,impian yg aq akan usahakan dan nantikan.
Terima kasih kat emak, ayah (arwah), kerana mendidik,menjaga aq sejak lahir hingga dewasa kini. Walaupun umurku menginjak 24 tahun, namun tahap kematangan aq dibimbangi emak.. relaks r mak.. hheeee.. segalanya perlu diukur dri pelbagai segi,, Apa yg aq tahu ayah selalu inginkan aq menjaga keluarga. Menjadi seorg yg berdikari tanpa bergantung harap pda org lain. Janji2ku pada ayah xpernah aq lupakan..
Bermula ulang tahun aq yg ke-20, aq akan berpuasa. Berdoa dan berharap dikurniakan sesuatu yg baik dan usaha utk yg terbaik. Kekadang rasa terkilan tdk dpt merasa apa yg aq inginkan, tapi aq selalu percaya akan dtg padaku yg lbh baik dri apa yg dihajati.
Semoga hari yg mendatang, menjadikan aq lebih dewasa, mengikis segala peribadi hodoh, dan menyelasaikan perkara yg sukar dgn lbh tenang..