Monday, September 28, 2009

7.25 pagi, 2 Syawal

Ingatan yg kuat, xterluah perasaan, air mata.... terasa mati separuh badan...Pemergian yg hakiki dan xkembali.
Disaat umat Islam keriangan menyambut Hari Raya, seluruh keluarga aq meratap pemergian ayah yg tersayang. Tidak sempat bersalaman dan memohon kemaafan ayah.

1 syawal, ayah keluar awal pagi saat kami adik-beradik masih tidur, ayah terpaksa kerja pada hari raya pertama. Janji ayah utk pulang pada 2 Syawal pada kami adalah utk selama2nya.Bermula 1 syawal 2009, kami beraya tanpa ayah buat selama-lamanya.

Pada jam 4.19 ptg, ayah sempat mendail no. hp aq, tapi adk aq yg jwb, terasa menyesal sgt krn bkn aq yg jwb. Itulah kali terakhir ayah mendail no. aq. Pada jam 4.30 ptg, rakan sekerja ayah terjumpa ayah didlm tandas terduduk dlm keadaan terketar2 menahan skt dikepala. terus ayah dikejarkan ke hosp. Sultan Ismail, JB. Kerana penyakit ayah terlalu critical ayah diarahkan hantar ke hospt. Sultanah Aminah. Waktu itu ayah koma. Ayah ada sakit darah tinggi. Pembuluh darah di otaknya sudah pecah. Ayah dlm keadaan 50/50. Doktor ckp kalau buat operation ayah akan meninggal waktu operate. So, ayah diarah oleh doktor dihantar semula ke hospt. Sultan Ismail. Ayah koma sehingga keesokan harinya. Doktor ckp semangat ayah melawan peyakitnya sgt kuat. Tetapi Allah lebih sygkannya, tepat jam 7.25 pgi, 2 Syawal ayah pergi menyahut seruan Illahi.

Percaya tak start ayah dijumpai di tandas hingga ayah menghembuskan nafasnya yg terakhir, kami sekeluarga hanya mendengar cerita dri rakan2nya, doktor dan makcik aq. Kami ahli keluarga tapi lambat mengetahui. Kenapa semua ni berlaku???? Kenapa ada seorang manusia yang berHATI PERUT KEJAM dlm dunia ini?? Merahsiakan perkara hidup mati ayah.. Sepatutnya masa sakit dan ketika ayah sdg bertarung dgn nyawa kami sekeluarga perlu bersamanya. Menemaninya hingga keakhir hayatnya.

Sesungguhnya Allah tlh menentukan setiap kejadian, dia xpernah menjadikan sesuatu tanpa sebab dan alasan. Setiap perkara yg baik akn dibls dgn kebaikan dan perkara yg buruk akn dibls dgn keburukan. Aq hambanya yg kerdil wajib percaya akan qada' dan qadar darinya. Semoga ayah tenang dan aman di alamnya. Kasih sayang aq terhadap ayah sepanjang hayat.
Walaupun ayah sudah tidak ada didunia ini, ayah sentiasa ada dihati aq. Al-Fatihah....