Sunday, August 30, 2009

1Malaysia


Inilah tema hari kebangsaan kita pada tahun ini. kalo ingat dah berapa lama kita tak tukar tema??? 3, 4, tahun ade tak. tak ingat lahh... sekarang rakyat malaysia dibawah pucuk pimpinan baru iaitu perdana menteri Malaysia yg ke-6 Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak. Diharap lelaki pertama negara kita ini akan menjadi contoh terbaik bagi rakyat Malaysia yang berbilang kaum ini. Memandangkan semangat perpaduan antara kaum diMalaysia agak pudar sejak beberapa tahun ini, sehinggakan ada yang berani menentang dan mempertikaikan sistem pentadbiran dan perlembagaan Malaysia yg sekian lama termaktub sejak awal kemerdekaan Malaysia. Dieorng ni dah lupa ke 5 rukun negara Malaysia..kan dulu masa sek. rendah kene baca tiap2 kali perhimpunan dah lupa ke.. ke baca main baca jek tapi tak terfikir diminda tak trsemat dihati. yg byk wat rusuhan tu, cuba soal 5 rukun negara tau ke x?kan utk kebaikan kita bersama...

Sebagai rakyat Malaysia patut kita bersyukur krn dpt berteduh dibumi yg amn dan tenteram. jika negara kita x semaju negara2 lain pun, kita msh mampu mempertahan dan membangunkan negara dgn smgt 1Malaysia. Terima Kasih kepada PM kerana sgt teliti mmlh tema kemerdekaan kita pada thn ini.

Aku nak ucapkan SELAMAT HARI KEBANGSAAN kpd seluruh rakyat Malaysia, semoga kita dpt mengeratkan perpaduan antara kaum dan bersatu hati membangunkan dan mengamankan negara kita sendiri. Merdeka kali ini disambut dgn cara sederhana bagi menghormati bulan puasa bg umat islam, kan ini negara islam..yg penting tujuan utamanya ialah memerdekakan diri kita drpd segala bentuk jajahan xkira dari segi fizikal dan mental. Okey...

GO MALAYSIA GO UITM hehehe..

Thursday, August 20, 2009

Welcome Ramadhan

sukenye tengok episod upin ipin puasa..hehe


Allah turunkan hujan selepas mentari...

Allah ciptakan pelangi selepas hujan...

dan Allah hadiahkan Syawal selepas Ramadhan..

Selamat Berpuasa kepada seluruh umat Islam didunia.


Ramadan semakin hampir, excited jugak sebenarnye. Banyak hikmah disebalik puasa ni. Yang paling aq nantikan ialah Solat Terawih..Aq blm pernah menunaikan solat Terawih walaupun sekali dlm hidup aq, aq harap Ramadhan kali ini dapat aq tunaikan walaupun sekali, Insya'Allah..Mmg memalukan sbb dah 23thn aq hidup dlm Islam, tapi xprnh merasa solat Terawih...mmg salah diri sndiri yg mngkin lbh mmntingkan perihal duniawi..

Sem ni mngkn aq xdpt blk puasa kt rumah, nk cuti raya nnt bru blk, sdhnya...waaaa. Tapi xpe puasa with my lovely friends pn seronok jgk. masa aq blajar ni la dpt puasa dgn dieorng,lps ni bla la lgi dpt bersama..hehehe..lagipun ktorng dah plan nk msk,brg2 msk dah ready..walaupn aq xbrape teror msk,,basic2 pn ok..nnt nk kawen bru belajo yg advance2..hehe

Okla..kepada semua umat Islam, harap puasa ni xjadikan kita lemah dan alasan untuk bermalas-malasan, teruskan kehidupan seperti biasa kerana ganjaran yg Allah berikan utk bln Ramadhan berlipat kali ganda drpd bln2 biasa. Sama2 kita doakn bln Ramadhan kali ini melatih daan menjadikan kita insan yang lebih sempurna..Amin.

SELAMAT BERPUASA!!!

Thursday, August 13, 2009

1st Memory..so sweet!


Tarikh 4 July 2009 mungkin menjadi kenangan manis abg aq dan seluruh keluarga aq. nak tau kenape??? Inilah tarikh gf abg aq Rabiatul Adawiah Bt Rosli sah menjadi tunang abg aq Mohd Ridhwan B. Mohd Jani setelah 5 thn bercinta sejak menjadi junior abg aq..hehe die junior abg aq mase same2 mnuntut kat Politeknik Merlimau Melaka. xtau plak tarikh tpt dieorng couple kang aq tanye ckp aq sebok jek plak..

Sebenarnye aq nmpk mak ayah aq mcm berat hati jek nak bg abg aq tng tp memamdangkan abg aq dah lame sgt cple ngn gf die, bwa jln sna sni, xmns plak kn tnggu lma2, lgpn masing2 dah keje dan berkemampuan dah elok sgt lah tu cptkn benda yg baik kn. Mak n ayah aq mngkn blm sedia n syg nk lpskn abg aq. Yela...diekn ank sulung, lelaki plak tu so, mgkn byk lah hrpn mak n ayah kat die. Abg aq ni anak pertama n cucu sulung fmly sblh mak, so, excited giler ahh sume org, ktorng sgt rpt ngn sedara2 sblh mak. mlm b4 tng tu, nak wat persiapan, riuh rendah umh aq yg comel tu, mak cik2 aq n ank2 die dtg, jiran aq lg.. best tau..seronok sgt mcm aq plak yg nk tng...eee...gatai..

Tiba hari yg ditunggu2 semua, semua kene bgun pagi, ktorng gerak umh abg aq dlu kt Tmn Sri Setulang. Semua sedara2 aq bkmpl kt umh abg aq dlu buat persiapan terakhir sblm brtandang ke rmh sebelah perempuan. Tema sblh lelaki 'Mesra Alam (hijau)' tau, cehh, masing2 pn cari lah baju color hijau. Sekali ramai2 jalan pki bju hijau mcm tmbuhan liar hijau sedang bergerak plak..hahahaha
Nak tau tak, ktorng punyelah excited mase gerak ke rumah perempuan kat Taman Mutiara Rini, Skudai,..tiba2 kereta abg aq yg ayah aq follow hilang dari pandangan ayah aq...Ayah SALAH jalan!!!
Panic jugak lah sbb ayh aq xberape tau sgt jalan Johor. Asek calling2 jek ngan abg aq sbb nak tau jln betol, sampai adik aq fobia nk angkat tefon sbb abg aq dah mcm nak naik hantu. bergilir2 r ktorng jwb ngan abg aq smpilah jmpe die kt petronas dekat depan Plaza Angsana. Oleh sebab ayah aq tersesat, dah sampai rumah tng abg aq tu lambat. Janji lepas zohor sampai dekat nak asar. Huh!!kalo aq la kt tmpt tng abg aq, berasap satu badan!!!
Sampai jek kat rumah tng abg aq, masing2 berebut nak bawak hantaran..bajet betollah sume org ni termasuklah aq..hehehe Ktorng disambut baik lagi mesra oleh tuan rumah walopn dah terlewat sejam!!! Abg aq kene balik sbb die hanya menjadi anak panah kompas jek mase tu. mak aq tak bg die dtg. yelah..ikut adat melayu kan..
Part yg paling menggelikan hati aq mase ayah aq kene ckp psl merisik n meminang ni. PeHh!!! mmg ni pengalaman pertama seluruh keluarga aq kan, ayah aq asek ulang2 jek ckp. xsempat plak aq nak rakam gelagat ayah aq tu.hehe..lastly, past beten kat pok teh aq sebab ayah dah tersengih2 haha..pak cik aq yang lain dah kebelakang2 mengecilkan saiz diri dari xl ke xs..hehe sume nak mengelak.haha
Alhamdullillah, majlis berjalan dengan lancar. so far, xde ape2 yg buruk sgt berlaku. Lps tu ktorng di hidangkan dengan makanan tengahari yang banyak dan sedap. Padahal masing2 dah mkn kat rumah abg aq sebelum pergi tadi. Memang family aq ni kuat makan la..tapi xpe, badan mantain ayu...huhu Mase mkn tu mak tng abg aq suruh abg aq datang mkn sekali, so langkah kanan r abg aq dpt jugak merasa hari pertunangan die dgn org tercinta.
Lastly, pok teh aq baca doa selamat ke ats majlis. Penutup kata dari kedua2 belah pihak terpatri. Tapi belum abis lagi...ktorng mkn untuk second round. hahahaha kan aq dah kata family aq ni kuat makan, bak kata pepatah 'rezki jgn ditolak, musuh jangan dicari'..

Kemudian sesi photo tunang.Pehhh!!! mase ni sume amek bahagian...Sume yg dah comot2 mkn tu touch-up balik nk bergambo punye pasal. Mule abg aq n tng die dlu. btol2 mcm sesi fotografi artis punye mjlis kawen!!! xtipu. berkelip2, memancar2 cahaya flash kamera dari kamera handphone, kamera digital sampai kamera canon photographer.. Wah!!! abg aq ngn tng die malu2 plak ramai yang nak amek gambo die.. Sempat aq mengusik jerit ikin,mawi2..haha. So, xyah jadi artis pun dapat rase suasane jadi artis..hehe aq plak yang xsabo2 plak ni..kenape ek..gatal btol lah..blajo pon xabes lagi..hahaha Lepas tu..barulah giliran ktorng amek gmbo dgn tng abg aq, abg aq xsuke sgt begambo. Sume menyebokkan diri untuk di gambokan..biaselah ktorng ni majority perempuan tau.. mestilah nak jugak bergambo sbb sume gila bgmbo..haha

Ini mmg saat2 manis yang xdpt dilupakan. Yang pasti semua org akn merasa saat bahagia masing2. Mungkin dengan suasana yang berbeza. Jika kita buat dengan cara baik, ikhlas..Insya'Allah. Semoga abg aq n tng die akn selamat di ijabkabulkan dan bahagia dunia akhirat..Insya'Allah.
Ok ini jeklah dpt aq coretkn..walaupun byk yg x diceritakn, ape yg aq tulis ni cukup utk memberitahu bahawa manisnya pengalaman pertama kami semasa majlis pertunagan abg aq n tunangnye.

Sekian sahaja..

Kenangan Hari Pertunangan along & tunangnya.







Tuesday, August 11, 2009

At Last..

Rasa gembira sangat ni...kenape ek...oh...sbb dah buat benda yang sepatutnya dah lama nak buat..tapi baru ni la jadi...banyak halangan sangat terutama malas...hehe..
Terima kasih kepada kwn baik aq merangkap informal advisor..lulu junior...hehe...sbb die dapat aq menjayakan laman yang tak berape nk mantap ni...Laman ni akan menjadi tmpat ngadu-domba setiap kata hati aq sama ada sedih, gembira, geram, emo, dan apa2 lagilah yang hati aq nak rasa tapi tak dapat aq luahkan...dan bukan bermakna kita takut jika tidak dapat meluahkan sesuatu perkara tapi sebenarnya banyak hati yang kita kena jaga bila kita bercakap...manala tau perasaan kita tu yang salah...dah menganiaya hati orang lain pulak..

OK..ni jek lah dulu buat pendahuluan laman aq ni..malas r nak tulis banyak2...hehe..