Saturday, January 9, 2010

pergilah cerita sedih...

Ni 1st entry aq tuk tahun baru ni, so aq masih nak ucapkan SELAMAT TAHUN BARU kpd semua pembaca blog aq.

Aq nk tinggalkan semua cerita sedih dalam hidup aq pada episod lepas 2009. Byk kenangan yg aq harungi bersama air mata. Terlalu perit untuk ditelan, tapi terpaksalah jua aq tempoh. Segala2nya telah ditetapkan.Kesedihan pemergian ayah yg dikasihi, pelajaran yg jatuh merudum...kesunyian diri yg xterluah. Betapa situbuh kecil ini menaggung, hanya sang hati yg merasai, dan akal memikirkan jalan yg terbaik utk memujuk diri sendiri. Mungkin org lain hanya boleh medengar dan bersimpati.. Byk rahsia hati yg xdpt dikongsikan krn xsemua akal boleh menerima apa yg aq rasa.

Walau apapun, aq masih ade mood n azam utk thun baru ni. Aq nak mulakan segalanya dgn baik dan betul, walaupun keperitan bersisa baki, kenelah juga tempuh utk santapan akan dtg. Aq bersyukur juga diberikan dugaan yg kuat sejak dari kecil, kalau tak kerana itu aq xakan jadi manusia setabah sekarang. Kerana hanya aq yg menentukan hala tuju hidup aq. Teringat pakcik aq yg di Perak pernah menulis kat aq, nikmat terbesar yg Allah bagi adalah PILIHAN. Kita yg pilih jalan hidup kita dan menentukannya sendiri.

Semoga semuanya berjalan dgn lancar dan seperti yg diingini. Aq perlu kekuatan utk tempuhi dugaan hidup tanpa ayah tersayang. Segala keinginannya utk aq, akan cuba aq tunaikan sebaik mungkin.

2 comments:

  1. Leave all the sadness in 2009...
    and open new chapter in 2010
    happy new year...hope still not late..heheh

    erk888.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. semoga sinar yang di cari akan ketemu, kegembiraan yang di impikan datang bertamu,kebahagiaan yang di idamkan kekal abadi selamanya,2010 menjelma dengan seribu pengertian yang berbeza

    ReplyDelete